HERBARIUM
Herbarium
adalah merupakan sebuah institusi sokongan utama bagi penyelidikan berasaskan
tumbuhan dan menjadi pusat penyimpanan dan rujukan taksonomi spesies-spesies
yang menjadi sasaran penyelidikan sesebuah institusi.
Spesimen
yang telah diawet dan dicamkan dengan baik menjadi bahan rujukan untuk
digunakan sebagai perbandingan kepada sampel tumbuhan yang dibawa ke herbarium
untuk dicamkan. Ia juga berperanan sebagai entiti rujukan dan penyelidikan
tumbuhan. Spesimen herbarium turut menjadi bahan bukti kepada kaedah penamaan
sains dan pengecaman yang digunakan dalam sesebuah penerbitan saintifik.
Pada
masa dahulu, herbarium biasanya merujuk kepada koleksi tumbuhan berdasarkan
koleksi seseorang pengumpul. la menjadi koleksi penting apabila pengumpul
tersebut merupakan ahli taksonomi yang terkenal dan menjadi pengasas kepada
rujukan Flora sesuatu kawasan. Koleksi ini kemudiannya digabungkan bersama
koleksi para pengumpul yang lain dan hari ini, spesimen-spesimen ini disimpan
sebagai sebahagian koleksi herbarium-herbarium yang ternama di dunia.
Herbarium
Kepong merupakan herbarium terbesar dan tertua di Malaysia,
dipertanggungjawabkan dalam kepakaran dan kefahaman mengenai komuniti
tumbuh-tumbuhan mewakili hampir keseluruhan spesies tumbuhan yang terdapat di
Malaysia dan kawasan rantau sekitarnya. Ia menyimpan koleksi lama yang
bersejarah dan amat berharga serta mewakili spesies yang belum pernah dijumpai,
spesies yang jarang dijumpai dan spesies yang hampir pupus di negara ini.
Koleksi
Herbarium Kepong dan bahan-bahan rujukan yang tersimpan menjadi nadi tarikan
para penyelidik dalam dan luar negara menjalankan penyelidikan sains botani,
ekologi, etnobotani, hortikultur, dan landskap.
Herbarium-herbarium
yang baru biasanya dibina sebagai sumber rujukan institusi penyelidikan atau
universiti-universiti tempatan yang memerlukan sumber tumbuhan tertentu untuk
tujuan rujukan di peringkat kebangsaan, pengajaran atau pendidikan.
Contoh herbarium kering (awetan kering)
contoh herbarium basah (awetan basah)